Selasa, 16 Julai 2013

West Java Bandung (3)

Selesai di Ciater, kami patah balik ke kaki Taman Wisata. Kata Gerry ada satey arnab@Kelinche yg sedap kt situ. Jalan dkt sini memang mencabar. Lebih kurang jalan dari Tapah nk naik ke Ringlet. Nasib baik mobil kami boleh tahanla selesa. Jenis Suzuki ntah apa model. Satey dia takdala sedap mana, cuma kopi o dia memang "kaw". LEGA!.
Sate Kelinche + Kopi o

Pulut ikan dengan kelapa parut

Dah kenyang, kami pun balik ke Kota Bandung. Ada jugak si Gerry offer suruh aku drive, tapi seriously mmg tak berani. Driver dkt sini mmg gila semua. Signal mmg takda fungsi, cuma guna hon. Lagipun jem teruk di sini. Aktiviti seterusnya, shopping dekat Factory Outlet. Sempatla beli baju2 utk family. Harga murah. Satu yang aku perati, sini semuanya kena duit. Masuk toilet dalam masjid pun kena charge. Dinner malam tu, kami try dkt Restoran Lisung. 4 Tingkat menghadap kota Bandung. 
LISUNG

Nice view

Western dia sgt special. Harga berpatutan.
Esoknya, seharian kami shopping di Pasar Baru, Toko 3 & Factory Outlet. Sebelum tu, mesti makan dulu. hehe... Tourist guide utk hari ni org lain pulak. Mr Acep Dani Anggara. Student jugak. Dia bawak makan di Restoran Hijau. Kt sini takda LRT, so kami naik Angkotan Kota a.k.a Angkot utk ke tpt2 shoping di atas, Murah ja. 
Restoran Daun Hijau.

Menu biasa ja, yg special sambal hijau dia

Siap ada live band. Bkn takat boleh request lagu, si Ismail ni boleh karoke pulak.

Brader live band

Acep Dani Anggara. Tourist guide kami. free ja. hehe


Isnin, 15 Julai 2013

WEST JAVA BANDUNG (2)

Kali terakhir dia meletus ialah pada tahun 1983. Gunung merapi lain yg aktif di Indonesia, Papandayan. Bromo dan Krakotoa
Hari kedua di Bandung, kami ke Tempat yg memang wajib kunjungla kalau datang ke sini. Taman Wisata Alam, Tangkuban Parahu. Suhu lebih kurang sama macam Cameron Highlands. Tempat ni ialah kawasan Gunung Berapi yang masih aktif. Bau sulfur pun masih kuat. Tangkuban Parahu ni ialah dari Sundanese Dialect. Lebih kurang 30km dari Kota Bandung. Kami ke sini dengan sorang sahabat, Gerry Shamwanda yang memang menetap disini dan pernah jugak tinggal di KL. Boleh dikatakan orang di sni peramah dan boleh dipercayai.
Ni la Mr Gerry Syamwanda. Tokey My Musa Tour. Student Masscomm di Universitas Padjajaran.

Lain2 gambar di Tangkuban.....
Model "Dormant Volcano"

Bau sulfur sgt kuat

Kebanyakan pelancong dari Malaysia
Cenderahati kt sini mmg murah dan cantik. 

Cuma nk pesan pada sapa yang nk datang sini, jangan dilayan orang yg jual2 tepi jalan tu. Kalau kita layan, dia akan ikut ke mana ja kita pergi. rimas kot.... 
unique wood with the batek decoration inside. Ni nama dia dh lupa la. 

Dh habis pusing Tangkuban Parahu, kami ke Sari Ater Hotspring. Org Bandung panggil, "Ciater". Perjalanan lebih kurg 15 mnit ja dari Wisata Alam. Org kata kulit boleh jadi halus kalau kerap mandi kt sini, sebab air dari sulfur gunung berapi. 

Putera Mandi

Fuhhh... ini style
Sebelum tu kami pekena Nasi Padang dulu dgn Teh Botol. lauknya, MasayaAllah... sedap. 
Dihadapan Rumah Makan Nasi Padang

Teh Botol.. bawak balik sedozen ke Malaysia. Tapi pecah masa dlm kargo
Nasi Padang. Yang special ialah sambal hijau dia. 

Dalam Sari Ater ni, ada mcm2 aktiviti lain. Ada All Terrain Vehicle (ATV), Chalet air panas, Offroad Jeep, Jungle Tracking & lain2. Kemudahan lengkap, surau pun ada. Pada sapa yang bawak family, dia sediakan mcm karpet la. kita boleh sewa utk santai2 tepi air panas. Lain kali datang plan nk tido kt sini pulak la. 
ATV.. Try ja. walaupun dh penah main dkt Kg Kemensah, Ampang.

Surau yg selesa

Gerry Syamwanda
Safety 1st

Bersambung......