Isnin, 15 Julai 2013

WEST JAVA BANDUNG (2)

Kali terakhir dia meletus ialah pada tahun 1983. Gunung merapi lain yg aktif di Indonesia, Papandayan. Bromo dan Krakotoa
Hari kedua di Bandung, kami ke Tempat yg memang wajib kunjungla kalau datang ke sini. Taman Wisata Alam, Tangkuban Parahu. Suhu lebih kurang sama macam Cameron Highlands. Tempat ni ialah kawasan Gunung Berapi yang masih aktif. Bau sulfur pun masih kuat. Tangkuban Parahu ni ialah dari Sundanese Dialect. Lebih kurang 30km dari Kota Bandung. Kami ke sini dengan sorang sahabat, Gerry Shamwanda yang memang menetap disini dan pernah jugak tinggal di KL. Boleh dikatakan orang di sni peramah dan boleh dipercayai.
Ni la Mr Gerry Syamwanda. Tokey My Musa Tour. Student Masscomm di Universitas Padjajaran.

Lain2 gambar di Tangkuban.....
Model "Dormant Volcano"

Bau sulfur sgt kuat

Kebanyakan pelancong dari Malaysia
Cenderahati kt sini mmg murah dan cantik. 

Cuma nk pesan pada sapa yang nk datang sini, jangan dilayan orang yg jual2 tepi jalan tu. Kalau kita layan, dia akan ikut ke mana ja kita pergi. rimas kot.... 
unique wood with the batek decoration inside. Ni nama dia dh lupa la. 

Dh habis pusing Tangkuban Parahu, kami ke Sari Ater Hotspring. Org Bandung panggil, "Ciater". Perjalanan lebih kurg 15 mnit ja dari Wisata Alam. Org kata kulit boleh jadi halus kalau kerap mandi kt sini, sebab air dari sulfur gunung berapi. 

Putera Mandi

Fuhhh... ini style
Sebelum tu kami pekena Nasi Padang dulu dgn Teh Botol. lauknya, MasayaAllah... sedap. 
Dihadapan Rumah Makan Nasi Padang

Teh Botol.. bawak balik sedozen ke Malaysia. Tapi pecah masa dlm kargo
Nasi Padang. Yang special ialah sambal hijau dia. 

Dalam Sari Ater ni, ada mcm2 aktiviti lain. Ada All Terrain Vehicle (ATV), Chalet air panas, Offroad Jeep, Jungle Tracking & lain2. Kemudahan lengkap, surau pun ada. Pada sapa yang bawak family, dia sediakan mcm karpet la. kita boleh sewa utk santai2 tepi air panas. Lain kali datang plan nk tido kt sini pulak la. 
ATV.. Try ja. walaupun dh penah main dkt Kg Kemensah, Ampang.

Surau yg selesa

Gerry Syamwanda
Safety 1st

Bersambung......








Tiada ulasan:

Catat Ulasan